Sunday, October 14, 2007

To my dearest friends

Sempena hari dan bulan yang mulia ini, Maman merendah diri menyusun sepuluh jari dan memomon ampun dan maaf kepada sesiapa diantara teman-teman sekalian jika ada terbuat salah dan silap atau terkasar bahasa secara tidak sengaja. Sesungguhnya Maman juga insan biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.

Namun, jika pernah Maman mengeluarkan kata-kata kesat atau sindiran kepada sesiapapun secara sengaja... Memang padan muka kau! Wahahaha!

Sempena bulan yang mulia ini juga, marilah kita mengambil kesempatan untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih, kerana itu adalah sifat mulia yang harus kita teladani.

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelma
Hari yang bahagia
Selamat Hari Raya



To those who have no idea what the whole chunk above is all about whatsoever, may I suggest you heed the government's advice and take up Bahasa Melayu as a third language. That is, if you're already eloquent in your own second language lah! Haha!

No comments: